Tuesday, November 27, 2012

SENYUMANMU..

Macam biasa, bila datang mood nak menulis, maka tercatat la sesuatu yang baru dalam blog ni. Alhamdulillah..interview yang agak scary tu dah pun dilalui dengan begitu tenang sebab penemuduga sangat menyejukkan hati dan berbudi bahasa ( pada mulanya tapak tangan dah sejuk2 n ketar2 pun ). Terima kasih Dato' Hj Dangiran dan Pn. Fazilah yang banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pendidik.

Hari ini...

Suami aku g interview. semoga ALLAH memudahkan segala urusannya.

Semalam...

Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi en suami untuk menghadapi interview hari ini. Paling terusik di hati, apabila tayar kereta tiba2 pancit di tengah2 laluan highway. Hujan yang turun tidak mematikan semangat  dia untuk menukarkan tayar kereta di laluan kecemasan. Aku? Aku disuruhnya tunggu sahaja di dalam kereta. Isteri mana yang sanggup melihat suami kebasahan di dalam hujan. Lalu aku mengambil payung dan memayungkan dia yang sedang menukarkan tayar kereta. Walaupun hanya sekadar melihat sahaja, aku berdoa agar urusan menukar tayar dpmudahkan dan berlaku segera. Risau di hati semakin bertambah apabila melihat kereta2 yang laju memecut walaupun dalam keadaan jalan yang basah. Baby di dalam perut terus sahaja menendang2. Mungkin terkesan dengan debaranku. Sabar ya anak. Berkata di dalam hati sambil memegang perut. Semoga dia belajar dari ketabahan ayahnya.

Alhamdulillah..setelah selesai penukaran tayar kereta, kami meneruskan perjalanan di malam hari yang damai menyejukkan. Kami bermuhasabah diri agar lebih belajar dari kekhilafan yang mungkin kita tidak sedari. Kami melihat sesama sendiri dan tersenyum. Melihat senyuman si dia yang dikasihi sangat menenangkan hati.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah kami lalui sepanjang bersama. Semoga ALLAH memberi ketabahan kepada hati kami dalam melayari hidup yang sangat indah ini....



No comments: