Thursday, November 15, 2012

INTERVIEW...OH TEMUDUGA

Kembali jari-jemariku menari lincah di papan kekunci yang tersergam indah di atas meja. Lantas menggamit diriku untuk mencari serba sedikit maklumat sebagai persediaan untuk ditemuduga oleh orang2 atasan di dalam bahagian pendidikan. Kalau ikut rezeki kawan2 yang telah lepas melalui saat2 indah di dalam bilik temuduga, pelbagai ragam penemuduga dan rakan2 yang ditemuduga. Semua ni ikut rezeki masing2. Kadang2 dok pulun baca bab yang ni, sekali yang ditanya bab lain.Takpe, yang penting ada bekalan yang dibawa masuk. Pening gak kalau nak baca satu persatu apa yang tercatat di dalam dunia pendidikan. Pelbagai pembaharuan telah di update untuk memantapkan lagik dunia pendidikan itu sendiri termasuklah guru2,pelajar2, serta tidak ketinggalan untuk ibu bapa juga.

23hb November 2012-tarikh keramat ni.bilik 2 bertempat di Putrajaya. Semoga kami Batch j-QAF 2011 dipermudahkan di dalam urusan temuduga nanti dan berjaya dengan cemerlang. Doakan kami :-)

Sebelum tu..hafal2..

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".



BITTAUFIQ WANNAJAH KAWAN2 :)



No comments: