Tuesday, November 27, 2012

SENYUMANMU..

Macam biasa, bila datang mood nak menulis, maka tercatat la sesuatu yang baru dalam blog ni. Alhamdulillah..interview yang agak scary tu dah pun dilalui dengan begitu tenang sebab penemuduga sangat menyejukkan hati dan berbudi bahasa ( pada mulanya tapak tangan dah sejuk2 n ketar2 pun ). Terima kasih Dato' Hj Dangiran dan Pn. Fazilah yang banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pendidik.

Hari ini...

Suami aku g interview. semoga ALLAH memudahkan segala urusannya.

Semalam...

Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi en suami untuk menghadapi interview hari ini. Paling terusik di hati, apabila tayar kereta tiba2 pancit di tengah2 laluan highway. Hujan yang turun tidak mematikan semangat  dia untuk menukarkan tayar kereta di laluan kecemasan. Aku? Aku disuruhnya tunggu sahaja di dalam kereta. Isteri mana yang sanggup melihat suami kebasahan di dalam hujan. Lalu aku mengambil payung dan memayungkan dia yang sedang menukarkan tayar kereta. Walaupun hanya sekadar melihat sahaja, aku berdoa agar urusan menukar tayar dpmudahkan dan berlaku segera. Risau di hati semakin bertambah apabila melihat kereta2 yang laju memecut walaupun dalam keadaan jalan yang basah. Baby di dalam perut terus sahaja menendang2. Mungkin terkesan dengan debaranku. Sabar ya anak. Berkata di dalam hati sambil memegang perut. Semoga dia belajar dari ketabahan ayahnya.

Alhamdulillah..setelah selesai penukaran tayar kereta, kami meneruskan perjalanan di malam hari yang damai menyejukkan. Kami bermuhasabah diri agar lebih belajar dari kekhilafan yang mungkin kita tidak sedari. Kami melihat sesama sendiri dan tersenyum. Melihat senyuman si dia yang dikasihi sangat menenangkan hati.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah kami lalui sepanjang bersama. Semoga ALLAH memberi ketabahan kepada hati kami dalam melayari hidup yang sangat indah ini....



Thursday, November 15, 2012

INTERVIEW...OH TEMUDUGA

Kembali jari-jemariku menari lincah di papan kekunci yang tersergam indah di atas meja. Lantas menggamit diriku untuk mencari serba sedikit maklumat sebagai persediaan untuk ditemuduga oleh orang2 atasan di dalam bahagian pendidikan. Kalau ikut rezeki kawan2 yang telah lepas melalui saat2 indah di dalam bilik temuduga, pelbagai ragam penemuduga dan rakan2 yang ditemuduga. Semua ni ikut rezeki masing2. Kadang2 dok pulun baca bab yang ni, sekali yang ditanya bab lain.Takpe, yang penting ada bekalan yang dibawa masuk. Pening gak kalau nak baca satu persatu apa yang tercatat di dalam dunia pendidikan. Pelbagai pembaharuan telah di update untuk memantapkan lagik dunia pendidikan itu sendiri termasuklah guru2,pelajar2, serta tidak ketinggalan untuk ibu bapa juga.

23hb November 2012-tarikh keramat ni.bilik 2 bertempat di Putrajaya. Semoga kami Batch j-QAF 2011 dipermudahkan di dalam urusan temuduga nanti dan berjaya dengan cemerlang. Doakan kami :-)

Sebelum tu..hafal2..

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".



BITTAUFIQ WANNAJAH KAWAN2 :)



Friday, November 9, 2012

~~~RINDUNYA DEKAT HAKIM~~~

Rasa macam baru je ibu lahirkan hakim. teringat lagi saat2 indah tu sayang. ibu ingat lagi setiap detik dari pregnant kan hakim smpi la hakim pergi tinggalkan ibu. ibu takkan lupa semua tu sayang. jaga hakim dari dlm perut smpi 3 hari hakim bsama dgn ibu dan ayah memang takde masalah. senang sangat jaga hakim. nanti hakim doakan ibu dan ayah dikurniakan adik2 utk hakim ye. ibu sayang n rindu hakim sgt2..



ALLAH MEMBERIKAN KITA UJIAN ITU SEBAGAI TANDA KASIHNYA


  1. Pelbagai dugaan dan ujian telah aku dan kawan2 lalui sepanjang tempoh perkhidmatan kami. Kadang2 rs mcm x sabar tp bila pk2 ada hikmah, pujuk ati bawa menari..lalalala..alhamdulillah tempoh praktikum selama 4 bulan yang sudah blalu akan dijadikan sebagai kenangan indah dalam hidup. Setelah tempoh tersebut, kami belajar dan telah mjalani peperiksaan untuk melayakkan diri ke alam pendidik. Alhamdulillah..tempoh tersebut pon telah kami lalui dengan jayanya dan melayakkan diri untuk meraikannya dalam konvokesyen.
Segalanya aku rasa berlalu terlalu cepat. Dalam sedar tak sedar, kami telah dilantik sebagai Guru Interim. Aku mula2 pun xtau ape la guru interim ni tp setelah meadapat maklumat, guru interim ni sama dengan GST. Ape pun, kami terima dengan redho setelah 4 bulan tanam anggur yang tak tumbuh2. 

Sekarang, da start cuti sekolah. Tapi, mungkin tiada cuti penuh bagi aku dan rakan2 seperjuangan. Kami diarahkan untuk bertugas di PPD masing2. Dalam waktu itu, kami juga akan menajalani temuduga untuk melayakkan kami dilantik ke DG41. ( sekarang DC41 ). 

Apapun ujian yang bakal kami lalui nanti, kami berharap dapat menjalaninya dengan tabah dan redho. Semoga ALLAH memberikan kami kejayaan dan dpermudahkan semua urusan perjalanan hidup kami nanti.

Dan yang paling aku gembira, tahun depan, aku dan suami bakal menimang cahaya mata kedua. insyaALLAH..Semoga ALLAH memudahkan proses kelahiran baby baru ke dunia ini. Hakim akan dapat adik :)