Monday, March 7, 2011

APAKAH YANG DICARI PEMUDA INI ??????

Setelah en suami pergi kerja semula setelah balik untuk makan tengahari, aku pun naik ke atas untuk mengangkat kain jemuran yang telah disidai oleh ibu mertuaku di hening pagi. Semasa aku nak angkat kain, aku ternampak seorang pemuda di jalan bawah terjenguk2 dalam longkang depan umah aku. Aku cepat2 menyorok di sebalik kain2 yang masih lagi di jemuran. Aku perhatikan lagi gerak geri pemuda tersebut. Dari amatan aku macam orang melayu mix..tp mcm org pakistan pun ade. Tetiba dia pusing belakang. Cepat2 aku sembunyikan diri. Pemuda tersebut macam memerhatikan sekeliling rumah2 yang ada di sekitarnya. Kemudian dia kembali mundar-mundir di sepanjang longkang tersebut. Selepas puas dia memerhatikan di longkang, pemuda tersebut berulang-alik pula di sepanjang rumah2 deret depan umah mak mertua aku ni. Isk, ape la yang dia nak cari ni. Aku makin berdebar. Dia mula memerhatikan rumah demi rumah. Dia masih lagi tak sedar aku duk memerhatikan dia dari tadi. Kemudian dia kembali semula ke longkang td & melihat sebuah kereta yang park di tepi longkang tu. Dia sentuh2 sket kete tu. Aku pelik ni. Kete dia ke ? Kalau kete dia nape tengok2 keliling kete tu pastu sentuh2 je. Tiba2 dia pandang atas & ternampak aku. Alamak!!! Aku terus masuk rumah & kembali ke balkoni semula setelah aku rasa macam dia dah tak tengok atas, aku kembali mencari pemuda tersebut. Aku terjengket2 nak tgk bawah..Jeng2..dia ada kat bawah umah jiran sebelah & duk memerhatikan sekeliling lagik. Tiba2 dia pandang atas ke balkoni umah aku. Alamak!!! dia nampak aku lagik. Aku pun ape lagik lari masuk balik. Aku pun masih lagik nak tau ape la yang dia nak buat. So aku pn ambik keputusan untuk kuar tgk balik, tengok2 dia sedang berjalan nun menuju ke arah jalan besar. Mugkinkah dia pergi sbb dia macam sedar aku duk perhatikan dia @ dia pergi sebab dia dah dapat ape yang dia nak cari..Isk ish,pk2 risau gak. Mane tak nye..kawasan sunyi sini...Moga ALLAH jauhi dari segala kecelakaan dan keburukan






Penting untuk semua manusia untuk menjaga diri kerana diri ini hanyalah pinjaman dari ALLAH S.W.T. Semua yang berada di atas muka bumi ini adalah pinjaman dan amanah yang telah diamanahkan oleh ALLAH S.W.T. untuk menjaganya. ALLAH telah melarang hamba-NYA daripada melakukan kerosakan di atas muka bumi ini walaupun melakukan kerosakan ke atas diri sendiri.

Kita wajiblah menjaga lima kemaslahatan yang telah digariskan oleh Islam iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Ia adalah kemaslahatan yang paling kuat dan merupakan kepentingan asasi. Jadi kita sebagai hamba yang dhoif ini hendaklah sedar siapa diri kita dan berusahalah untuk menjadi yang terbaik dan persediaan untuk ke alam sana..



  Semoga ALLAH akan memberkati hidup kita di dunia dan di akhirat sana.Amin Ya Rabb

No comments: