Sebanyak 109 lokaliti wabak demam denggi dikesan di 30 daerah di seluruh negara bagi tempoh 20 hingga 26 Feb lepas, dengan sembilan daripadanya merupakan "kawasan panas". Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata enam "kawasan panas" itu ialah di Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu di Johor.
"Kawasan panas" di Selangor ialah di Kampung Baru Sungai Terentang, Taman Tun Teja Apartmen Rawang, Taman Muhibbah Rawang, Selayang Baru K4 dan Apartment Bandar Country Homes yang terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang, manakala satu lagi ialah Taman Ukay Perdana (Zon 2) di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kawasan panas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah di Taman Miharja dan RKAT Ampat Tin, manakala di Johor ialah Kampung Pasir.
Dr Mohd Ismail berkata kadar pembiakan nyamuk Aedes masih tinggi dilaporkan di kawasan hot spot dan beliau meminta ketua masyarakat menggerakkan penduduk setempat untuk melaksanakan aktiviti gotong royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes kepada 430 kes bagi tempoh 20 hingga 26 Feb dengan satu kematian, iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun dari Johor yang meninggal dunia pada 23 Feb selepas seminggu dijangkiti denggi.
Dr Mohd Ismai berkata lima negeri yang menunjukkan peningkatan kes demam denggi bagi tempoh sama ialah Selangor meningkat sebanyak 16 kes, Perak (15 kes), Pahang (lapan kes), Pulau Pinang (tiga kes) dan Negeri Sembilan (dua kes). Bagi kes penyakit chikungunya, satu kes dilaporkan berlaku bagi tempoh yang sama, menjadikan kes terkumpul bagi penyakit itu ialah tujuh kes setakat ini, turun sebanyak 98 peratus berbanding 416 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.
- Kuala Lumpur, 2 Mac 2011
p/s: kena lebih bijak lpas ni..ukay perdana???owh no!!! tmpt everyday aku lalu lalang untuk ke sekolah..smoga kita semua djauhkan dari wabak ini. td baru dengar kat radio, satu sekolah men area sg long diberi cuti seminggu sbb sorang student meninggal sbb denggi..lagik dkat ngan area umah mak mertua aku..berhati2
p/s: kena lebih bijak lpas ni..ukay perdana???owh no!!! tmpt everyday aku lalu lalang untuk ke sekolah..smoga kita semua djauhkan dari wabak ini. td baru dengar kat radio, satu sekolah men area sg long diberi cuti seminggu sbb sorang student meninggal sbb denggi..lagik dkat ngan area umah mak mertua aku..berhati2
No comments:
Post a Comment