ustazah...izinkah saya ke tandas..<---ayat seorang anak murid yang nak g tandas masa saya sedang memberikan latihan kepada mereka. then, saya pun cakap kat dia, "kalau awak nak g tandas, awak perlu minta kebenaran daripada saya dengan menggunakan bahasa arab" ( sbb sy sdg mengajar subjek bahasa arab )." kalau awak tak boleh ckp bahasa arab dengan saya, saya tak benarkan awak ke tandas"(sila baca dengan nada serius..ade unsur2 kekejaman di situ..hehe ). dia pun menggaru2 kepalanya sambil berlalu semula ke tempat duduk. saya tersenyum dan kemudian memanggil semula murid td untuk ke hadapan. saya tanya kat dia, " tau tak ayat nak g tandas mgunakan bahasa arab". dia pun menggelengkan kepalanya dan tersengih2. saya ckp kat dia kalau tak tahu, kenapa tak tanya dekat saya. dia pun tersengih2 lagi. kemudian saya bertanya kepada murid2 di dalam kelas, siapa yang tahu cakap bahasa arab untuk ke tandas. sunyi n semua memandang tanpa suara ke arah saya. kemudian, saya berkata lagi " selepas ini, sesiapa yang hendak ke tandas, saya hendak dia meminta kebenaran dengan berbahasa arab. sepi lagi. tiba2 seorang murid mengangkat tangan dan bertanya macam mana ayat nak mintak kebenaran untuk ke tandas. lalu saya pun menulis di papan putih ( sekarang sangat ssh nak cari papan hijau tu ). ade seorang murid pmpn mengangkat tangan dan membaca ayat yang saya tulis di papan putih. ternyata murid ni pandai mengeja dan membaca tulisan jawi berbaris ( maksud saya berbahasa arab ). saya pun meminta muris tsebut utk dtg kehadapan kelas dan membacanya dengan kuat dan diikuti dengan kawan2 di dalam kelas. mulai saat itu hingga ke hari ini, mereka semua berbahasa arab dengan saya untuk ke tandas. walaupun sebutan kalimah itu satu2 tp mereka tetap mencuba & saya terus mengajar. saya bangga dengan anak murid saya. selain dari ayat nak g tandas, mereka juga dah faham apabila saya menggunakan ayat2 yang mudah untuk mereka fahami cth: sila pandang ke hadapan, semua diminta senyap, kamu bagus dan sebagainya.
kadang2, bila pk kan tentang anak murid, saya tsenyum sndri, pelbagai keletah n ragam. terus saya terfikir tentang anak saya ( telah meninggal dunia lbh kurang 6 bulan yang lalu ). rindu rasanya. kemudian terfikir tentang en hubby yang sangat seronok apabila saya bakal bgelar pendidik.
ayat yang ditulis en hubby sebaik sahaja mendapat tahu saya dterima untuk mengikuti latihan di IPG.
p/s : hakim itu adalah nama anak kami " MUHAMMAD DANIEL HAKIM
kalau sesekali bergurau mesti dia akan cakap ayat ini " dulu orang tu punye la taknak jd cikgu ".hehehe. bkn ape, mmg dalam kamus hidup tak pernah terlintas untuk bergelar seorang pendidik. tapi bila semakin meningkat usia, ( masih 20 an ok..hehe ) rs gelaran pendidik tu semakin hampir. mane tak nya. dari habis je belajar smpi sekarang, saya tetap berkhidmat sebagai guru ( sblm2 ni kontrak2 je ). interview keje lain semua takde rezeki. tp bila ade interview cikgu2 ni mst dapat v(^_^)v...alhamdulillah,dulu..kini..dan akan datang saya adalah pendidik. saya amat berbangga dengan kerjaya saya.terima kasih jg diucapkan kepada en hubby yg slalu mhantar saya ke sek setiap hari. lpas solat subuh je trus pecut g sek sbb jln kereta terlalu lah" ramai ". juga kepada mak abah yg evaday kol tyer dah smpi umah ke belum (sbb sy balik naik bus>putra lrt>komuter>hubby ambik ). tanak sshkan en hubby sbb dia keje smpi kul 5. so decide stay sek lame sket wat keje2 yg ptt n perlu then br balik.
en hubby yang bz menyelesaikan tugasan saya eh silap..tugasan dia. susunan buku2 di tepi itu adalah milik saya. tapi tak baca pun. modul bahasa arab 1/3 pun tak abis bc lagik