Sempena ulangtahun perkahwinan kami, abg hadiahkan aku sejambak bunga ros yang sedang mekar bkembang. walaupun waktu tu kami sedang berniaga di konvo KUIS, namun xsangka lak abg ambik kesempatan utk beli bunga masa konvo tu ..hehe tq sayang. kak ida pn dapat. kata abg mior, bunga tu menandakan cinta mereka yang sentiasa mekar..ececee...romantik gitu...
Wednesday, December 21, 2011
KEMBALI JARIKU MENARI-NARI :)
Penghujung tahun semakin hampir. Aku masih lagi meneruskan kehidupan sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, dan seorang pendidik ( insyaALLAH ). semalam baru sahaja aku melangkah ke alam 27 tahun. Tiada apa yang berbeza, cuma tanggungjawab dan kewajipan aku semakin bertambah. 4 hari yang lalu juga, hari ulangtahun aku dan suami utk kali ke-2.alhamdulillah..ALLAH memanjangkan usia perkahwinan kami dan semoga perkahwinan kami diredhoi dan diberkati ALLAH hingga firdausi.
Bakal awal tahun 2012, aku akan menjalani satu lagi fasa ujian kehidupan untuk aku bergelar guru tetap ( tapi aku lebih suka dengan gelajaran pendidik ). Aku berharap agar perjalanan praktikumku dipermudahkan ALLAH. Moga segala ujian dan cabaran dapat aku tempuhi dengan cemerlang.
Dan harapan aku pada tahun 2012 juga, aku berdoa agar ALLAH memberikan aku dan suami rezeki "nurul'ain" yang kedua. Semoga ALLAH maqbulkan doa2 ku. amin ya Rabb..
Saturday, August 20, 2011
PERGINYA SEORANG PENULIS NOVEL...
Liana Afiera Malik..bukanlah satu nama yang asing lagi dalam dunia penulisan novel..banyak novel2 yang telah ditinta oleh beliau mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat2 novel..Pemergian beliau sedikit sebanyak memberi kesan kepada peminat2 beliau..Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah..
Diserta kan sedikit profil peribadi beliau :
Nama Pena : LIANA AFIERA MALIK
Usia : 28 tahun
Pendidikan : A-Levels
Tarikh lahir : 28 Disember 1973 (Anak sulung dalam 5 beradik)
Tempat lahir : Tapah, Perak
Status : Berkahwin
Hobi : Menulis dan membaca
Mula Menulis:
Usia 12 tahun. Novel BIARKAN IA BERLALU untuk dihadiahkan pada kawan baik sempena majlis perpisahan darjah enam. Novel ini tidak diterbitkan di mana-mana
Karya :
1988 - Cerpen MENITI HARI BAHAGIA ketika usia 15 tahun untuk Pertandingan Cerpen Remaja anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sempena Minggu Bahasa di Seremban. Mendapat tempat pertama.
1989 - Novel BADAI PASTI BERLALU mendapat tempat kelima (5) Sayembara Novelet Remaja anjuran majalah Variapop
1990 MEMORI
1993 KASIH ANTARA MUSIM
1995 INGIN KUSANDARKAN HARAPAN
1996 ASSYIDA1997 PROMISE!
1989 - Novel BADAI PASTI BERLALU mendapat tempat kelima (5) Sayembara Novelet Remaja anjuran majalah Variapop
1990 MEMORI
1993 KASIH ANTARA MUSIM
1995 INGIN KUSANDARKAN HARAPAN
1996 ASSYIDA1997 PROMISE!
EH… IYE KE NI?
BA ! BA ! CHAK !
YO! KAU PUJAANKU!
O LA LA! ONK !
1,2,3… I LOVE YOU !
1998 DAN… MIMPI PUN BERGUGURAN
1999 JANJI ASSILA
2000 KOMPILASI YOYO ("Eh… Iye Ke Ni?", "1,2,3… I Love You !")
2001 KOMPILASI YOYO ("Jealous La Pulak!")
1998 DAN… MIMPI PUN BERGUGURAN
1999 JANJI ASSILA
2000 KOMPILASI YOYO ("Eh… Iye Ke Ni?", "1,2,3… I Love You !")
2001 KOMPILASI YOYO ("Jealous La Pulak!")
KOMPILASI MEMORI
2002 BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN
2002 BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN
Impian:
Untuk terus berkarya selagi diterima kerana bakat yang diberi Tuhan itu satu anugerah yang tidak terhingga dan juga satu amanah yang harus dipikul sehingga ke akhir hayat.
Pegangan:
Menulis bukan untuk diberi anugerah tetapi menulis untuk kepuasan dan ia seolah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan selagi hayat masih ada. Kritikan membina itu satu panduan tetapi kritikan membunuh itu satu amaran.
Antara karya2 beliau :
Tuesday, August 9, 2011
RUMAH KESYUKURAN...

Al-Hadis :-
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: “Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab: “Ya”. Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab: “Ya”. Allah bertanya kali ketiga: “Apakah kata hamba-Ku?” Malaikat menjawab: “Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan: “dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya: “Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran'”. (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Huraian :-
• Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi menjadi kecil pada dirinya.
• Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
• Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sunday, August 7, 2011
KHAS UNTUK MEREKA YANG BELUM BERKAHWIN...
ADAKAH KEKASIH LELAKI ANDA JUJUR ATAU SEBALIKNYA??? TIMBANG-TIMBANGKAN!!!
Cara untuk mengenali sikap lelaki itu betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :
Cara untuk mengenali sikap lelaki itu betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :
1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya
*So kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda
*So kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda
2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri la nooo
*Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab,kalau tak percaya try dulu k..hehe
3-Tarikh lahir..Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini,Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la besday ayg”maklum la abg ni sibuk kan?anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.
*Apa yang anda perlu lakukan,anda haruslah berhati-hati dengan sidia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya,nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.
4-Bila anda sakit..Anda perlu menelefon si dia,memberitahu bahawa anda sakit,tapi ingat sekali sahaja tau.Kalau sidia benar-benar jujur,dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan anda
*Selalunya lelaki yang ada niat buruk,dia akan suka perkara ini berlaku pada diri anda,bolehlah dia bebas seperti burung pucung diawang-awangan bersama perempuan lain,diri anda sudah dilupai buat seketika..ahaksss
5-Bersabar dengan anda..Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah,sebagai contoh kalau anda sedang jalan-jalan bersama si dia,kaki anda tersadung or tersepak batu,tiba-tiba si dia berkata”Apa ini buat malu jer!!jalan tu tengok la bawah sama”dengan nada marah.
*Kalau kekasih or bakal kekasih anda berkata begitu,memang dia tidak ambik berat pasal diri anda,kalau sebelum ini boleh jer dia janji sehidup semati..bla…blaaaaa…tapi sekarang buat silap sikit jer sudah ditengking serupa harimau laparkan biskut tiger..huhu
p/s : ni tips2 untuk mereka yang bakal menjadikan diri mereka milik kepada seseorang..careful girls...kita perempuan ni ibarat mawar berduri di atas gunung tau..kena sentiasa protect diri sendiri, orang lain bukan kisah pun, malah cepat2 nak cari kesempatan @ peluang kalau ada...

Friday, August 5, 2011
KETIKA KEMA BERPANTANG..
Uik..entri kali ni agak pelik lah. tetiba citer pasal kema berpantang pulak kan.bukan ape.saje je nak mgamatkan blog ni.korang nak tau tak siapakah di sisi ejal ketika kema sedang berpantang di kampung.jeng..jeng...jeng..hehe..sila teka..sila teka...(wat mcm intonasi "ceciter" dalam filem hantu kak limah tu).
mesti korang tertanya2 kan.xde lah saje je nak wat gempak skali skala.tp mmg btl.eje siap share2 payung lagik ngan budak tu. ok korang, sila perhatikan gambar di bawah.eh2, sebelum tu nak bg info tentang pic ni dulu :
masa : 5.28 p.m.
lokasi : bazar ramadhan seksyen 7
tujuan : jalan-jalan cari makanan untuk berbuka..hehe
hehe..betul kan cakap saya. dia share2 payung ngan orang tu..tapi korang jangan salah sangka pulak.tu kawan ejal. derang saja jalan2 cari makan nak berbuka. lpas beli2 eje datang tolong2 kitaorang kemas barang2 berniaga. pastu ktorg pn berbuka kat umah eje. credit to mr aizuddin.

Tuesday, August 2, 2011
SIAPAKAH MAT LUTFI??
Saje je wat entri ni sbb nye adikku berserta kazen2 nye slalu la dok bcerita tentang lelaki yang sorang ini.Siapakah Mat Lutfi???Siapa ek? Aku pun tak bape kenal bila derang sembang2 pasal mat lutfi ni n akhirnya aku pun try la merajinkan jari-jemariku untuk mencari siapakah gerangan yang sering diperkatakan oleh mereka dan akhirnya aku pun terjumpa la siapakah mat lutfi. Mat Lutfi adalah seorang student yang masih lagi menuntut di Curtin University, Perth Australia. Berasal dari Kedah ( Sg. Petani ) dan sering membuat video2 yang mencuit hati namun isinya penuh dengan nasihat2 dan humor yang berguna dan dapat menarik perhatian kebanyakan remaja di luar sana. Dengan hanya berbekalkan kreativiti yang slumber dan logik, mat lutfi telah berjaya menarik puluhan ribu penonton di youtube untuk melihat aksi humornya berserta isi2 yang berguna untuk penonton termasuk la adikku berserta kazen2nya..ape2 pun tahniah kepada mat lutfi.Semoga anda berjaya menyampaikan dakwah santai kepada mereka2 yang menonton..
Inilah wajah Mat Lutfi
Wajah-wajah Mat Lutfi
Taktau la " hang " tu sape? Niesakah? Azahkah? Dirakah? atau Yanakah? atau adakah anda semua tidak tersenarai dalam " hang " yang dimaksudkan..hehe
Segala yang ditulis dalam entri kali ini adalah taipan jari-jemari yang sedang rajin dalam meng"explore" dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup @ yang telah tiada...maaf dipinta andai tersalah bahasa

Monday, August 1, 2011
"Rumah Baru " Hakim
Semalam ibu pergi melawat anak ibu..Alhamdulillah..dah siap pun "rumah baru " Hakim. Favourite kaler Ayah, Ibu & Hakim. Bila lawat hakim semalam terus ibu teringatkan saat-saat indah masa pregnant kan hakim dalam bulan puasa tahun lepas. Masa tu ibu rasa bersemangat. Tapi tahun ni Hakim bukan lagi berada dalam perut ibu, tapi Hakim sedang " bermain2" di taman2 syurga..Doakan Ibu & Ayah ye sayang..Ibu & Ayah rindu sangat2 kat Hakim..
" Rumah Baru " Hakim.
Nama : Muhammad Daniel Hakim bin Mohd Rahimi
Tarikh Lahir : 16/10/2010
Tarikh Kembali kepada Penciptanya : 18/10/2010
Kubur adikku yang telah pergi ketika berusia 4 bulan
pada bulan syawal tahun 2004
Rumah Hakim dekat2 je dengan rumah2 onyang2
Hakim . Kubur yang berwarna merah tu kubur atuk
ibu @ onyang Hakim. yang putih n hijau sana tu kubur adik beradik atuk

TAHNIAH KEPADA ALONG & EJAL
Tahniah kepada Along & Kak lin atas kelahiran seorang puteri yang sangat comey & tinggi ( 61 cm ) tu..dan tahniah juga untuk Ejal & Kema kerana baru sahaja bergelar ibu dan ayah kepada seorang putera yang hensem. Selamat berjaga malam buat Along & Ejal. Jangan buat2 tido ye..sila bantu isteri anda yang masih dalam pantang. Tapi buat masa ini anda masih lagi selamat kepada mereka berpantang di rumah mak mereka. Lagi 2 bulan siap la korang jd " burung hantu " hehe..
Puteri Along & Kak Lin
Nama : Nasim binti Mohd Shahriman Hafiz
Nama yang ditambah : masih dalam pencarian
Buat masa ni panggil Nasim je. Nama penuh akan di"inform" kemudian
Putera Ejal & Kema
Nama : Muhammad Mu'allim bin Mohd Aizuddin
Nama yang ditambah : Muhammad Mu'allim Al-Faqih bin Mohd Aizuddin
hik2..pandai2 je aku menambah
Semoga Nasim & Mu'allim akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..
![]() |
Nasim |
Puteri Along & Kak Lin
Nama : Nasim binti Mohd Shahriman Hafiz
Nama yang ditambah : masih dalam pencarian
Buat masa ni panggil Nasim je. Nama penuh akan di"inform" kemudian
![]() |
Muhammad Mu'allim |
Putera Ejal & Kema
Nama : Muhammad Mu'allim bin Mohd Aizuddin
Nama yang ditambah : Muhammad Mu'allim Al-Faqih bin Mohd Aizuddin
hik2..pandai2 je aku menambah
Semoga Nasim & Mu'allim akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..
RAMADHAN KAREEM
Ramadhan Kareem..Allahu Akram..itulah kalimah-kalimah yang aku selalu dengar dan membalasnya ketika menjalani ibadah puasa di mesir. Rindu saat-saat indah itu. Aku juga rindukan puasa pada tahun lepas kerana sewaktu itu aku sedang mengandungkan Hakim. Rindu juga saat-saat indah itu. Moga ada rezeki untukku lagi. Entri pada kali ini bukan sahaja nak ucapkan selamat berpuasa malah nak mengingatkan diri dan seluruh umat Islam tentang adab-adab berpuasa. Di sini, di"attach"kan sekali serba sedikit adab-adab berpuasa :
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat cerdik sungguh.. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Wednesday, April 6, 2011
BUNGA YANG KU TANAM KETIKA DALAM PANTANG...
Sedang mak saya tgh sibuk menanam bunga di halaman rumah, saya pun menyibukkan diri nak keluar walaupun masih dalam pantang tapi da tak ingat dah bape ari tp dah boleh kuat untuk bjalan la wpun perlahan2. Lalu saya pun cakap kat mak nak tanam bunga jugak wpun mak bising2 halang saya. hehe. Bukan ape, saje jek nak mcari kerja ketika masih dalam pantang. Mak senyum je tgk aku tanam pokok bunga tu wpun pada awalnya dia bising2..Dan hasilnya....
![]() |
Inilah pokoknya..bunga ape pn tak tau |
![]() |
Ni pokok bunga raya kaler putih yang sedang mekar berkembang pada pagi aku balik ipoh aritu..hepinyeeee |
![]() |
mengabadikan memori bersama pokok bunga yang tatau ape namanya.. |
![]() |
Bersama hubby sayang..pokok bunga ini kitaorg tanam sama2... |
Friday, March 11, 2011
USTAZAH...IZINKAN SAYA KE TANDAS...
ustazah...izinkah saya ke tandas..<---ayat seorang anak murid yang nak g tandas masa saya sedang memberikan latihan kepada mereka. then, saya pun cakap kat dia, "kalau awak nak g tandas, awak perlu minta kebenaran daripada saya dengan menggunakan bahasa arab" ( sbb sy sdg mengajar subjek bahasa arab )." kalau awak tak boleh ckp bahasa arab dengan saya, saya tak benarkan awak ke tandas"(sila baca dengan nada serius..ade unsur2 kekejaman di situ..hehe ). dia pun menggaru2 kepalanya sambil berlalu semula ke tempat duduk. saya tersenyum dan kemudian memanggil semula murid td untuk ke hadapan. saya tanya kat dia, " tau tak ayat nak g tandas mgunakan bahasa arab". dia pun menggelengkan kepalanya dan tersengih2. saya ckp kat dia kalau tak tahu, kenapa tak tanya dekat saya. dia pun tersengih2 lagi. kemudian saya bertanya kepada murid2 di dalam kelas, siapa yang tahu cakap bahasa arab untuk ke tandas. sunyi n semua memandang tanpa suara ke arah saya. kemudian, saya berkata lagi " selepas ini, sesiapa yang hendak ke tandas, saya hendak dia meminta kebenaran dengan berbahasa arab. sepi lagi. tiba2 seorang murid mengangkat tangan dan bertanya macam mana ayat nak mintak kebenaran untuk ke tandas. lalu saya pun menulis di papan putih ( sekarang sangat ssh nak cari papan hijau tu ). ade seorang murid pmpn mengangkat tangan dan membaca ayat yang saya tulis di papan putih. ternyata murid ni pandai mengeja dan membaca tulisan jawi berbaris ( maksud saya berbahasa arab ). saya pun meminta muris tsebut utk dtg kehadapan kelas dan membacanya dengan kuat dan diikuti dengan kawan2 di dalam kelas. mulai saat itu hingga ke hari ini, mereka semua berbahasa arab dengan saya untuk ke tandas. walaupun sebutan kalimah itu satu2 tp mereka tetap mencuba & saya terus mengajar. saya bangga dengan anak murid saya. selain dari ayat nak g tandas, mereka juga dah faham apabila saya menggunakan ayat2 yang mudah untuk mereka fahami cth: sila pandang ke hadapan, semua diminta senyap, kamu bagus dan sebagainya.
kadang2, bila pk kan tentang anak murid, saya tsenyum sndri, pelbagai keletah n ragam. terus saya terfikir tentang anak saya ( telah meninggal dunia lbh kurang 6 bulan yang lalu ). rindu rasanya. kemudian terfikir tentang en hubby yang sangat seronok apabila saya bakal bgelar pendidik.
ayat yang ditulis en hubby sebaik sahaja mendapat tahu saya dterima untuk mengikuti latihan di IPG.
p/s : hakim itu adalah nama anak kami " MUHAMMAD DANIEL HAKIM
kalau sesekali bergurau mesti dia akan cakap ayat ini " dulu orang tu punye la taknak jd cikgu ".hehehe. bkn ape, mmg dalam kamus hidup tak pernah terlintas untuk bergelar seorang pendidik. tapi bila semakin meningkat usia, ( masih 20 an ok..hehe ) rs gelaran pendidik tu semakin hampir. mane tak nya. dari habis je belajar smpi sekarang, saya tetap berkhidmat sebagai guru ( sblm2 ni kontrak2 je ). interview keje lain semua takde rezeki. tp bila ade interview cikgu2 ni mst dapat v(^_^)v...alhamdulillah,dulu..kini..dan akan datang saya adalah pendidik. saya amat berbangga dengan kerjaya saya.terima kasih jg diucapkan kepada en hubby yg slalu mhantar saya ke sek setiap hari. lpas solat subuh je trus pecut g sek sbb jln kereta terlalu lah" ramai ". juga kepada mak abah yg evaday kol tyer dah smpi umah ke belum (sbb sy balik naik bus>putra lrt>komuter>hubby ambik ). tanak sshkan en hubby sbb dia keje smpi kul 5. so decide stay sek lame sket wat keje2 yg ptt n perlu then br balik.
en hubby yang bz menyelesaikan tugasan saya eh silap..tugasan dia. susunan buku2 di tepi itu adalah milik saya. tapi tak baca pun. modul bahasa arab 1/3 pun tak abis bc lagik
Monday, March 7, 2011
APAKAH YANG DICARI PEMUDA INI ??????
Setelah en suami pergi kerja semula setelah balik untuk makan tengahari, aku pun naik ke atas untuk mengangkat kain jemuran yang telah disidai oleh ibu mertuaku di hening pagi. Semasa aku nak angkat kain, aku ternampak seorang pemuda di jalan bawah terjenguk2 dalam longkang depan umah aku. Aku cepat2 menyorok di sebalik kain2 yang masih lagi di jemuran. Aku perhatikan lagi gerak geri pemuda tersebut. Dari amatan aku macam orang melayu mix..tp mcm org pakistan pun ade. Tetiba dia pusing belakang. Cepat2 aku sembunyikan diri. Pemuda tersebut macam memerhatikan sekeliling rumah2 yang ada di sekitarnya. Kemudian dia kembali mundar-mundir di sepanjang longkang tersebut. Selepas puas dia memerhatikan di longkang, pemuda tersebut berulang-alik pula di sepanjang rumah2 deret depan umah mak mertua aku ni. Isk, ape la yang dia nak cari ni. Aku makin berdebar. Dia mula memerhatikan rumah demi rumah. Dia masih lagi tak sedar aku duk memerhatikan dia dari tadi. Kemudian dia kembali semula ke longkang td & melihat sebuah kereta yang park di tepi longkang tu. Dia sentuh2 sket kete tu. Aku pelik ni. Kete dia ke ? Kalau kete dia nape tengok2 keliling kete tu pastu sentuh2 je. Tiba2 dia pandang atas & ternampak aku. Alamak!!! Aku terus masuk rumah & kembali ke balkoni semula setelah aku rasa macam dia dah tak tengok atas, aku kembali mencari pemuda tersebut. Aku terjengket2 nak tgk bawah..Jeng2..dia ada kat bawah umah jiran sebelah & duk memerhatikan sekeliling lagik. Tiba2 dia pandang atas ke balkoni umah aku. Alamak!!! dia nampak aku lagik. Aku pun ape lagik lari masuk balik. Aku pun masih lagik nak tau ape la yang dia nak buat. So aku pn ambik keputusan untuk kuar tgk balik, tengok2 dia sedang berjalan nun menuju ke arah jalan besar. Mugkinkah dia pergi sbb dia macam sedar aku duk perhatikan dia @ dia pergi sebab dia dah dapat ape yang dia nak cari..Isk ish,pk2 risau gak. Mane tak nye..kawasan sunyi sini...Moga ALLAH jauhi dari segala kecelakaan dan keburukan
Penting untuk semua manusia untuk menjaga diri kerana diri ini hanyalah pinjaman dari ALLAH S.W.T. Semua yang berada di atas muka bumi ini adalah pinjaman dan amanah yang telah diamanahkan oleh ALLAH S.W.T. untuk menjaganya. ALLAH telah melarang hamba-NYA daripada melakukan kerosakan di atas muka bumi ini walaupun melakukan kerosakan ke atas diri sendiri.
Kita wajiblah menjaga lima kemaslahatan yang telah digariskan oleh Islam iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Ia adalah kemaslahatan yang paling kuat dan merupakan kepentingan asasi. Jadi kita sebagai hamba yang dhoif ini hendaklah sedar siapa diri kita dan berusahalah untuk menjadi yang terbaik dan persediaan untuk ke alam sana..
Semoga ALLAH akan memberkati hidup kita di dunia dan di akhirat sana.Amin Ya Rabb
Sunday, March 6, 2011
KEMBALI MENJADI PELAJAR DI SEKOLAH..
Alhammdulillah..setelah hampir 2 tahun aku hanya menjadi GSTT, akhirnya aku telah melayakkan diriku untuk menjalani latihan sebagai seorang pelajar dan guru. Aku adalah seorang pelajar & bakal menjadi guru terlatih. Doakan aku & kawan2 thabat dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dan guru meskipun ramai di kalangan kami juga bertanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang cemerlang dalam pengurusan rumahtangga :) aku sangat berbangga dan kagum dengan rakan2 seperjuangan yang keadaan nya seperti aku..Bersyukur walaupun mendapat latihan di keramat tapi sekurang2 nya tak jauh dari sisi suami tercinta. Simapati pada kawan2 yang lain sebab ade yang terpaksa berjauhan dengan suami dan anak2 demi tugas. Saya sangat kagum dengan semangat anda semua. InsyaALLAH bulan Mac ni kita akan bertemu kembali untuk interaksi yang pertama..SELAMAT KEMBALI BERJUANG KAWAN-KAWAN. Moga usaha kita mdapat keberkatan dan keredhaan dari-NYA..
Sangat semangat nak g mendaftar di IPG..
Tempat orientasi kami di Lenggeng. Agak kekok pada mulanya tapi dah lame2 br rs tmpt ni best n agak menarik

Nyaman ok suasana pagi kat sini. kabus penuh
Tempat menjamu selera kami di resort. Agak mewah sebenarnye
Wajah2 isteri dan ibu..kami semua telah berkahwin dan mempunyai anak.hehe..not available ok..sume ni ex-Mesir ok
Ini pulak wajah2 kami berempat yang selalu bersama . lepas ni tatau la leh sama @ tak sbb class lain2..
Ini pulak pic aku ngan Su sebelum btolak balik ke kampus. tak sabar2 nak balik wktu ni sbb terlalu lah penat. tak sabar nak jumpe husband masing lak tu. tu yang muka xcited je..hehe
p/s: masa abis orientasi ni baru la aku dapat tau yang en hubby xcident. dilanggar orang. sedih sgt. dia kate tanak bgtau ms orientasi sbb takut nnt ganggu orientasi aku. alhamdulillah sikit je.tak teruk sangat cuma adik ipar kepalanya berjahit sket

SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT MALYSIA 2011 ( FINAL DAY-6/3/2011 )
Aturcara Hari Terbuka Tentera Darat |
Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 78 akan diadakan pada 1 Mac 2011. Justeru, Tentera Darat (TD) akan mengadakan Hari Terbuka TD mulai 4 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Berikut adalah aturcara-aturcara sempena Hari Terbuka Tentera Darat pada 4 Mac hingga 6 Mac 2011:
4 Mac 2011 (Jumaat)
0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD.
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam.
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang.
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (Penerjunan bebas)
5 Mac 2011 (Sabtu)
0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900 - 1115 : Raptai Penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100 - 2230 : Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD)
6 Mac 2011 (Ahad)
0855 - 0900 : Pertunjukan oleh Para Warriors Dance
0900 - 1600 : Pameran statik dan promosi kerja TD
0900 - 0950 : Perarakan kontinjen dan aset TD
0950 - 1115 : Demonstrasi kepakaran TD (Payung Terjun, Akrobatik dan Deonstrasi ULK)
Sambutan Hari Terbuka TD dibuka kepada orang ramai dan juga pelancong. Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Dataran Merdeka sempena Hari Terbuka TD.

Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-passukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.
Actually, Tentera Darat Malaysia ni terbahagi kepada Kor & Rejimen. Sangat banyak n tak sempat nak study sume. Antara yang aku tau Rejimen Askar Melayu DiRaja, (RAMD ) Rejimen Semboyan DiRaja, Kor Pasukan Elit..yang lain aku kurang arif. itu pun aku tau sikit2. Ayah aku dulu penah gak keje kat kem tentera ni tapi keje kat office. aku pun kurang pasti ape jawatan dia. at least ade la berkhidmat dalam ketenteraan ni wpun keje dalam pejabat.hehe..dulu2 ayah aku pun terer kawad2 ni. asal tiba Hari Kebangsaan je, dia pun bz2 la berlatih.hehe. tu masa zaman muda2 dia la. tapi skang dah tak larat dah. ape pun ayah aku tetap mjadi kebanggaan aku sebagai seorang anak. At last but not least, I LUV U MAK & ABAH..terima kasih sbb berjaya mendidik dan membesarkan kami mjadi anak2 yang terdidik di dalam suasana dunia yang semakin meruncing sekarang..eh2..entri ni citer psal ape ek? pasal Hari Tentera Darat Malaysia kan..hik2..terlebih sudahhh...neway ade sket2 pic yg telah di snap semasa Hari Tentera Udara yang telah berlangsung di Dataran Merdeka pada hari dan waktu2 tersebut.
![]() |
Polis askar |
![]() |
Wad Tentera. Agak teruja |
![]() |
Perkhidmatan Pergigian. sangat cantik bas ini..nmpk xlusif |
![]() |
Segak bergaya |
![]() |
3 helikopter mambawa 3 bendera yang berlainan |
![]() |
pasukan payung terjun yang membawa bendera masing2 |
![]() | ||||
mesti korang tertanya-tanya apakah yang dilihat oleh orang ramai ni kan?? refer da next picture |
![]() |
ya..itulah dia 2 helikopter yang menjadi penyelamat ketika membuat demo menyelamatkan mangsa2 tebusan. sangat amazing waktu ni ok... |
![]() |
orang ramai yang sangat teruja ketika melihat demo di gambar atas |
![]() |
haaa..ni budak yang bakal membawa kereta kebal ni pada ms akan datang. dia sangat teruja spanjang pertunjukan |
p/s : berani giler stunt man yang membawa bus n orang2 yg mjadi tebusan yang berada di dalam bus semasa demo.nmpk mcm sume nye askar2 yang masih lagi dalam latihan..kene buli ni..heheh
Friday, March 4, 2011
SANAH HELWAH ABG..SELAMAT HARI LAHIR 2...
Credit to kak jamilah sbb menerima tempahan aku yang banyak songeh ni. amat berpuas hati dgn rasa dan rupa kek. jenuh gak merancang utk suprise besday ni. smpi tpaksa gurau2 ngan en husband yang aku nak g ambik kosmetik kat bukit kinrara tu.hehe..hadiah yg aku beli pn dia suke. thanx abg. n tq to mak yong n dirah yang bwkkan aku ke jusco meneman aku membeli belah dengan jayanya :
Ni la kek yg berlogokan pasukan kegemaran husband aku. "LIVERPOOL". ayat tu ayat kakak aku yg gelak2 ms aku citer kan pasal ayat yang aku nak letak kat kek ni sebagai fondant writing. aishhh..ape ntah yg lawak sgt..hehe
aku pun nak potong kek gak
jemput makan semua
fuad a.k.a. photographer terkemuka..hehe
ala2 cayang abg
besday boy kene baca doa lagik smpena besday sndri. ape salahnye kan. lebih berkat. ustaz ammar ustaz ramli hanya mengamin kan doa..hehe..jangan marah
ala2 anak mak
mak yong, fuad n dirah yang khusyuk mengaminkan doa
anak abah pulak
juadah pada hari itu
owh..ini cayang mak sedara pulak
semestinya kesayangan ni nak disuap jugak.hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)