Sempena ulangtahun perkahwinan kami, abg hadiahkan aku sejambak bunga ros yang sedang mekar bkembang. walaupun waktu tu kami sedang berniaga di konvo KUIS, namun xsangka lak abg ambik kesempatan utk beli bunga masa konvo tu ..hehe tq sayang. kak ida pn dapat. kata abg mior, bunga tu menandakan cinta mereka yang sentiasa mekar..ececee...romantik gitu...
Wednesday, December 21, 2011
KEMBALI JARIKU MENARI-NARI :)
Penghujung tahun semakin hampir. Aku masih lagi meneruskan kehidupan sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, dan seorang pendidik ( insyaALLAH ). semalam baru sahaja aku melangkah ke alam 27 tahun. Tiada apa yang berbeza, cuma tanggungjawab dan kewajipan aku semakin bertambah. 4 hari yang lalu juga, hari ulangtahun aku dan suami utk kali ke-2.alhamdulillah..ALLAH memanjangkan usia perkahwinan kami dan semoga perkahwinan kami diredhoi dan diberkati ALLAH hingga firdausi.
Bakal awal tahun 2012, aku akan menjalani satu lagi fasa ujian kehidupan untuk aku bergelar guru tetap ( tapi aku lebih suka dengan gelajaran pendidik ). Aku berharap agar perjalanan praktikumku dipermudahkan ALLAH. Moga segala ujian dan cabaran dapat aku tempuhi dengan cemerlang.
Dan harapan aku pada tahun 2012 juga, aku berdoa agar ALLAH memberikan aku dan suami rezeki "nurul'ain" yang kedua. Semoga ALLAH maqbulkan doa2 ku. amin ya Rabb..
Subscribe to:
Posts (Atom)