Saturday, August 20, 2011

PERGINYA SEORANG PENULIS NOVEL...

Liana Afiera Malik..bukanlah satu nama yang asing lagi dalam dunia penulisan novel..banyak novel2 yang telah ditinta oleh beliau mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat2 novel..Pemergian beliau sedikit sebanyak memberi kesan kepada peminat2 beliau..Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah..

Diserta kan sedikit profil peribadi beliau :

Nama Pena : LIANA AFIERA MALIK
Usia  : 28 tahun
Pendidikan : A-Levels
Tarikh lahir : 28 Disember 1973 (Anak sulung dalam 5 beradik)
Tempat lahir : Tapah, Perak
Status  : Berkahwin
Hobi  : Menulis dan membaca
 
Mula Menulis:
Usia 12 tahun. Novel BIARKAN IA BERLALU untuk dihadiahkan pada kawan baik sempena majlis perpisahan darjah enam. Novel ini tidak diterbitkan di mana-mana
 
Karya :
1988 - Cerpen MENITI HARI BAHAGIA ketika usia 15 tahun untuk Pertandingan Cerpen Remaja anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sempena Minggu Bahasa di Seremban. Mendapat tempat pertama.
1989 - Novel BADAI PASTI BERLALU mendapat tempat kelima (5) Sayembara Novelet Remaja anjuran majalah Variapop
1990 MEMORI
1993 KASIH ANTARA MUSIM
1995 INGIN KUSANDARKAN HARAPAN
1996 ASSYIDA
1997 PROMISE!
        EH… IYE KE NI?
        BA ! BA ! CHAK !
        YO! KAU PUJAANKU!
        O LA LA! ONK !
        1,2,3… I LOVE YOU !
1998 DAN… MIMPI PUN BERGUGURAN
1999 JANJI ASSILA
2000 KOMPILASI YOYO ("Eh… Iye Ke Ni?", "1,2,3… I Love You !")
2001 KOMPILASI YOYO ("Jealous La Pulak!")
        KOMPILASI MEMORI
2002 BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN
 
Impian:
Untuk terus berkarya selagi diterima kerana bakat yang diberi Tuhan itu satu anugerah yang tidak terhingga dan juga satu amanah yang harus dipikul sehingga ke akhir hayat.

Pegangan:
Menulis bukan untuk diberi anugerah tetapi menulis untuk kepuasan dan ia seolah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan selagi hayat masih ada. Kritikan membina itu satu panduan tetapi kritikan membunuh itu satu amaran.
 
Antara karya2 beliau :
 

 

Tuesday, August 9, 2011

RUMAH KESYUKURAN...


Al-Hadis :-

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: “Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab: “Ya”. Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab: “Ya”. Allah bertanya kali ketiga: “Apakah kata hamba-Ku?” Malaikat menjawab: “Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan: “dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya: “Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran'”. (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Huraian :-

• Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi menjadi kecil pada dirinya.

• Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.

• Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, August 7, 2011

KHAS UNTUK MEREKA YANG BELUM BERKAHWIN...

ADAKAH KEKASIH LELAKI ANDA JUJUR ATAU SEBALIKNYA??? TIMBANG-TIMBANGKAN!!!




Cara untuk mengenali sikap lelaki itu betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :
 
1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya
*So kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda
 2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri la nooo
*Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab,kalau tak percaya try dulu k..hehe

3-Tarikh lahir..Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini,Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la besday ayg”maklum la abg ni sibuk kan?anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.
*Apa yang anda perlu lakukan,anda haruslah berhati-hati dengan sidia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya,nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.

4-Bila anda sakit..Anda perlu menelefon si dia,memberitahu bahawa anda sakit,tapi ingat sekali sahaja tau.Kalau sidia benar-benar jujur,dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan anda
*Selalunya lelaki yang ada niat buruk,dia akan suka perkara ini berlaku pada diri anda,bolehlah dia bebas seperti burung pucung diawang-awangan bersama perempuan lain,diri anda sudah dilupai buat seketika..ahaksss

5-Bersabar dengan anda..Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah,sebagai contoh kalau anda sedang jalan-jalan bersama si dia,kaki anda tersadung or tersepak batu,tiba-tiba si dia berkata”Apa ini buat malu jer!!jalan tu tengok la bawah sama”dengan nada marah.
*Kalau kekasih or bakal kekasih anda berkata begitu,memang dia tidak ambik berat pasal diri anda,kalau sebelum ini boleh jer dia janji sehidup semati..bla…blaaaaa…tapi sekarang buat silap sikit jer sudah ditengking serupa harimau laparkan biskut tiger..huhu

p/s : ni tips2 untuk mereka yang bakal menjadikan diri mereka milik kepada seseorang..careful girls...kita perempuan ni ibarat mawar berduri di atas gunung tau..kena sentiasa protect diri sendiri, orang lain bukan kisah pun, malah cepat2 nak cari kesempatan @ peluang kalau ada...

Friday, August 5, 2011

KETIKA KEMA BERPANTANG..

Uik..entri kali ni agak pelik lah. tetiba citer pasal kema berpantang pulak kan.bukan ape.saje je nak mgamatkan blog ni.korang nak tau tak siapakah di sisi ejal ketika kema sedang berpantang di kampung.jeng..jeng...jeng..hehe..sila teka..sila teka...(wat mcm intonasi "ceciter" dalam filem hantu kak limah tu).

mesti korang tertanya2 kan.xde lah saje je nak wat gempak skali skala.tp mmg btl.eje siap share2 payung lagik ngan budak tu. ok korang, sila perhatikan gambar di bawah.eh2, sebelum tu nak bg info tentang pic ni dulu :

masa : 5.28 p.m.

lokasi : bazar ramadhan seksyen 7

tujuan : jalan-jalan cari makanan untuk berbuka..hehe


hehe..betul kan cakap saya. dia share2 payung ngan orang tu..tapi korang jangan salah sangka pulak.tu kawan ejal. derang  saja jalan2 cari makan nak berbuka. lpas beli2 eje datang tolong2 kitaorang kemas barang2 berniaga. pastu ktorg pn berbuka kat umah eje. credit to mr aizuddin.

Tuesday, August 2, 2011

SIAPAKAH MAT LUTFI??

Saje je wat entri ni sbb nye adikku berserta kazen2 nye slalu la dok bcerita tentang lelaki yang sorang ini.Siapakah Mat Lutfi???Siapa ek? Aku pun tak bape kenal bila derang sembang2 pasal mat lutfi ni n akhirnya aku pun try la merajinkan jari-jemariku untuk mencari siapakah gerangan yang sering diperkatakan oleh mereka dan akhirnya aku pun terjumpa la siapakah mat lutfi. Mat Lutfi adalah seorang student yang masih lagi menuntut di Curtin University, Perth Australia. Berasal dari Kedah ( Sg. Petani ) dan sering membuat video2 yang mencuit hati namun isinya penuh dengan nasihat2 dan humor yang berguna dan dapat menarik perhatian kebanyakan remaja di luar sana. Dengan hanya berbekalkan kreativiti yang slumber dan logik, mat lutfi telah berjaya menarik puluhan ribu penonton di youtube untuk melihat aksi humornya berserta isi2 yang berguna untuk penonton termasuk la adikku berserta kazen2nya..ape2 pun tahniah kepada mat lutfi.Semoga anda berjaya menyampaikan dakwah santai kepada mereka2 yang menonton..





 Inilah wajah Mat Lutfi














Wajah-wajah Mat Lutfi











Taktau la " hang " tu sape? Niesakah? Azahkah? Dirakah? atau Yanakah? atau adakah  anda semua tidak tersenarai dalam " hang " yang dimaksudkan..hehe




Segala yang ditulis dalam entri kali ini adalah taipan jari-jemari yang sedang rajin dalam meng"explore" dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup @ yang telah tiada...maaf dipinta andai tersalah bahasa

Monday, August 1, 2011

"Rumah Baru " Hakim

Semalam ibu pergi melawat anak ibu..Alhamdulillah..dah siap pun "rumah baru " Hakim. Favourite kaler Ayah, Ibu & Hakim. Bila lawat hakim semalam terus ibu teringatkan saat-saat indah masa pregnant kan hakim dalam bulan puasa tahun lepas. Masa tu ibu rasa bersemangat. Tapi tahun ni Hakim bukan lagi berada dalam perut ibu, tapi Hakim sedang " bermain2" di taman2 syurga..Doakan Ibu & Ayah ye sayang..Ibu & Ayah rindu sangat2 kat Hakim..


" Rumah Baru " Hakim.

Nama :  Muhammad Daniel Hakim bin Mohd Rahimi

Tarikh Lahir : 16/10/2010

Tarikh Kembali kepada Penciptanya : 18/10/2010







 
Kubur adikku yang telah pergi ketika berusia 4 bulan
pada bulan syawal tahun 2004









Rumah Hakim dekat2 je dengan rumah2 onyang2
Hakim . Kubur yang berwarna merah tu kubur atuk

ibu @ onyang Hakim. yang putih n hijau sana tu kubur adik beradik atuk

TAHNIAH KEPADA ALONG & EJAL

Tahniah kepada Along & Kak lin atas kelahiran seorang puteri yang sangat comey & tinggi ( 61 cm ) tu..dan tahniah juga untuk Ejal & Kema kerana baru sahaja bergelar ibu dan ayah kepada seorang putera yang hensem. Selamat berjaga malam buat Along & Ejal. Jangan buat2 tido ye..sila bantu isteri anda yang masih dalam pantang. Tapi buat masa ini anda masih lagi selamat kepada mereka berpantang di rumah mak mereka. Lagi 2 bulan siap la korang jd " burung hantu " hehe..


Nasim

Puteri Along & Kak Lin

Nama : Nasim binti Mohd Shahriman Hafiz

Nama yang ditambah : masih dalam pencarian

Buat masa ni panggil Nasim je. Nama penuh akan di"inform" kemudian






Muhammad Mu'allim

Putera Ejal & Kema

Nama : Muhammad Mu'allim bin Mohd Aizuddin

Nama yang ditambah : Muhammad Mu'allim Al-Faqih bin Mohd Aizuddin

hik2..pandai2 je aku menambah





Semoga Nasim & Mu'allim akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..

RAMADHAN KAREEM


Ramadhan Kareem..Allahu Akram..itulah kalimah-kalimah yang aku selalu dengar dan membalasnya ketika menjalani ibadah puasa di mesir. Rindu saat-saat indah itu. Aku juga rindukan puasa pada tahun lepas kerana sewaktu itu aku sedang mengandungkan Hakim. Rindu juga saat-saat indah itu.  Moga ada rezeki untukku lagi. Entri pada kali ini bukan sahaja nak ucapkan selamat berpuasa malah nak mengingatkan diri dan seluruh umat Islam tentang adab-adab berpuasa. Di sini, di"attach"kan sekali serba sedikit adab-adab berpuasa :

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat cerdik sungguh.. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.